Myspace Contact Tables

Ahad, 23 September 2012

 APA ITU KAUNSELING

-->
Menurut Maclean, dalam Sherzer & Stone pada tahun 1974, kaunseling adalah proses yang berlaku dalam hubungan yang berhadapan antara individu yang terganggu atau mempunyai masalah-masalah yang tidak dapat di atasi sendiri  dengan seorang pekerja yang profesional iaitu kaunselor yang terlatih dan berpengalaman dalam membantu orang lain menyelesaikan masalah tehadap berbagai kesulitan peribadi.

ehhh..proses kaunseling pn ada kod etika ea???biar betul ni..apa ye kod etika dalam proses kaunseling..ok..kalau nk tahu, jom kita bace apa yg kaunselor Adawias sediakan utk shabat2nya yg follow blog ni... aik??? mane ni???  hahaha... tuuuu.. bace kat bawah ni.... jommm...

 


KOD ETIKA KAUNSELOR
PERKAMA atau Persatuan Kaunseling Malaysia menggariskan standard atau kod etika perlakuan kaunselor dalam lima aspek berikut:
1.      Hubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu, dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya.
2.      Penyediaan perkhidmatan persendirian yang merangkumi aspek pengiklanan, pengurusan dan pembiayaan.
3.      Penyelidikan dan Penerbitan merangkumi etika, persetujuan subjek, penerbitan hasil.
4.      Program latihan.
5.      penggunaan instrumen pengukuran dan penilaian melalui kaedah mengendalikan instrumen dan mentafsir keputusan ujian.

 tuuuu..ade lagi tu...hehehe


TATALAKU ATAU PERHUBUNGAN PEGAWAI KAUNSELING

Setiap pegawai dalam bidang kaunseling perlu mengetahui dan memahami etika yang dikenakan ke atas diri mereka yang sebagai individu yang profesional. antara tatalaku yang ditetapkan sebagai seorang pegawai ialah:

  1. Menjaga dan mengekalkan tatalaku yang cemerlang demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan intergiti profesion kaunseling.
  2. Sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
  3. Menjalankan tugasnya dengan cekap, bertanggungjawab, objektif, jujur, ikhlas, dan dedikasi selaras dengan tahap profesionalisme yang tinggi.

macam mane plak dgn hubungan antara kaunselor dgn klien, masyarakat, organisasi dan majikan,  kaunselor Adawias???hehe...



PERHUBUNGAN ANTARA KAUNSELOR DENGAN KLIEN

Klien mestilah diberi hak kebebasan bagi memilih sendiri. Antara perhubungan antara kaunselor dan klien yang boleh dijelaskan ialah seperti berikut:

  1. Kewajipan utama ahli ialah meghormati klien dan meningkatkan kebajikan klien samada ia di batu secara atau di dalam kumpulan.
  2. Maklumat yang diperoleh daripada hubungan kaunseling mestilah disimpan secara rahsia. Kewajipan ini mestilah kekal bagi menjaga kedudukan kaunselor sebagai seorang profesional.
  3. Jika seseorang individu mengadakan hubungan rundingan tetapi dengan seseorang kaunselor profesional yang lain,maka kaunselor janganlah memulakan hubungan kaunseling itu tanpa terlebih dahulu menghubungi dan mendapatkan kebenaran daripada ahli profesional itu.
  4. apabila didapati keadaan klien nampaknya membahayakan diri klien sendiri atau orang lain, ahli seharusnya mengambil tindakan terus atau memberitahu pihak yang berkuasa. Campur tangan yang terus, terutama tanggungjawab yang dianggap untuk klien mestilah dibuat selepas pertimbangan teliti.
  5. semua catatan bertulis seperti nota-nota mestilah dianggap sebagai maklumat profesional, dan hanya digunakan untuk maklumat kaunseling sahaja dan tidak boleh jadi maklumat awam atau rasmi bagi sesuatu institusi. Bahan-bahan hendak didedahkan mestilah mendapat kebenaran daripada klien yang terlibat.
  6. Jika kaunselor mendapati tidak dapat memberi bantuan yang profesional kepada klien, maka ahli tersebut mestilah mengelakkan diri supaya tidak terjadi hubungan kaunseling atau menamatkan kaunseling itu. 



TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KAUNSELING KEPADA MASYARAKAT

Pegawai kaunseling juga mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat dari pelbagai aspek. Antaranya ialah :
  1. Memahami dan menghormati nilai-nilai sosiobudaya masyarakat dimana sahaja mereka berkhidmat.
  2. Mematuhi undang-undang negara dalam melaksanakan tugasnya.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KAUNSELING KEPADA ORGANISASI DAN MAJIKAN

Kaunselor yang bertugas di organisasi haruslah bertanggungjawab terhadap organisasi dan majikannya. Antara kod etika yang perlu dipatuhi adalah :
  1. Mematuhi sagala perjanjian yang ditandatangani dengan organisasi di mana dia berkhidmat.
  2. Mematuhi polisi dan prosedur organisasinya, serta berusaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatannya dalam berorganisasi.
  3. Bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi di mana dia bertugas.
  4. Tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.
  5. Bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk diri dan stafnya.


Manakala, dalam Persatuan Kaunseling Malaysia (REKKAMA), menjelaskan terdapat beberapa bahagian dalam kaunseling. Antaranya adalah:


1) Bahagian pertama:Am
Setiap ahli perlu melibatkan diri dalam perkembangan profesion kaunseling dengan usaha berterusan begi mempertingkatkan amalan profesion kaunseling dan sebgainya. Selain itu, setiap ahli perlu bertanggungjawab kepada setiap klien dan institusi deberi perkhidamatan bagi menetukan tingkah laku profesion ahli adalah tinggi serta semua ahli mengamalkan tingkah laku yang sesuai denga agama dan adat yang menjadi asas etika ini sekerinya ada ahli yang boleh menimbulkan keraguan dan rakan-rakan yang lain boleh mengambil untuk membetulkan keadaan.

2) Perhubungan kaunseling
Kaunselor perlu sedar akan keperluan dan hak klien bagi memilih tajuk perbincangan. Tetapi keadaan-keadaan di mana pemilihan  tidak dapat dibuat, ahli mestilah menolong klien dalam memilih tajuk perbincangan. Dalam perhubungan kaunseling, kaunselor perlu sedar akan jenis perhubungan yang dijalan, menghormati klien serta menjauhkan diri daripada terlibat dari aktiviti-aktiviti yang memenuhi kehendak peribadi kaunselor dengan mengambil kesempatan ke atas diri klien.

3) Khidmat persendirian
Ahli hendaklah menolong memperkembangkan profesional kaunseling dengan menggalakkan wujudkan perkhidamatan kaunseling dengan sektor awam dan sektor swasta. Dalam khidmat persendirian, sekiranya ahli mengiklankan perkhidmatanya, ia hendaklah mengiklankan perkhidmatan itu dengan betul kepada orang ramai dengan memberitahu bentuk perkhidmatannya, kemahirannya, latihan atau kelulusannya dalam bidang kaunseling serta teknik-teknik yang akan akan digunakan dalam bentuk yang profesional.

4) Perundingan
Perundingan adalah merujuk kepada perhubungan yang sukarela di antara pembantu-pembantu yang mahir atau profesional dan orang-orang perseorangan, kumpulan atau pertubuhan sosial yamg memerlukan bantuan. Kaunselor atau perunding akan memberi perkhidmatan kepada klien dalam menerang menyelesaikan kerja-kerja berkaitan dengan masalah yang mungkin dihadapi oleh klien.

            Maka, individu yang mematuhi sepenuhnya etika kaunseling merupakan individu yang profesional dan menjaga etika diri. Oleh itu, jelaslah bahawa etika dalam kaunseling merupakan satu komponen yang sangat penting bagi melancarkan sesuatu sesi kaunseling. Etika membolehkan kaunselor membolehkan kaunselor mempunyai panduan jelas dan memelihara perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dari sudut pengamal, pelaksanaan dan perkembangannya.