-->
Menurut Maclean,
dalam Sherzer & Stone pada tahun 1974, kaunseling adalah proses yang
berlaku dalam hubungan yang berhadapan antara individu yang terganggu atau
mempunyai masalah-masalah yang tidak dapat di atasi sendiri dengan seorang pekerja yang profesional iaitu
kaunselor yang terlatih dan berpengalaman dalam membantu orang lain menyelesaikan
masalah tehadap berbagai kesulitan peribadi.
ehhh..proses kaunseling pn ada kod etika ea???biar betul ni..apa ye kod etika dalam proses kaunseling..ok..kalau nk tahu, jom kita bace apa yg kaunselor Adawias sediakan utk shabat2nya yg follow blog ni... aik??? mane ni??? hahaha... tuuuu.. bace kat bawah ni.... jommm...
KOD ETIKA
KAUNSELOR
PERKAMA atau Persatuan
Kaunseling Malaysia menggariskan standard atau kod etika perlakuan kaunselor
dalam lima aspek berikut:
1.
Hubungan profesional dengan klien, rakan-rakan
kaunselor, majikan, individu, dan profesion lain serta masyarakat
keseluruhannya.
2.
Penyediaan perkhidmatan persendirian yang merangkumi
aspek pengiklanan, pengurusan dan pembiayaan.
3.
Penyelidikan dan Penerbitan merangkumi etika,
persetujuan subjek, penerbitan hasil.
4.
Program latihan.
5.
penggunaan instrumen pengukuran dan penilaian melalui
kaedah mengendalikan instrumen dan mentafsir keputusan ujian.
tuuuu..ade lagi tu...hehehe
TATALAKU ATAU
PERHUBUNGAN PEGAWAI KAUNSELING
Setiap pegawai
dalam bidang kaunseling perlu mengetahui dan memahami etika yang dikenakan ke
atas diri mereka yang sebagai individu yang profesional. antara tatalaku yang
ditetapkan sebagai seorang pegawai ialah:
- Menjaga dan mengekalkan tatalaku yang cemerlang demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan intergiti profesion kaunseling.
- Sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
- Menjalankan tugasnya dengan cekap, bertanggungjawab, objektif, jujur, ikhlas, dan dedikasi selaras dengan tahap profesionalisme yang tinggi.
macam mane plak dgn hubungan antara kaunselor dgn klien, masyarakat, organisasi dan majikan, kaunselor Adawias???hehe...
PERHUBUNGAN
ANTARA KAUNSELOR DENGAN KLIEN
Klien mestilah diberi hak kebebasan
bagi memilih sendiri. Antara perhubungan antara kaunselor dan klien yang boleh
dijelaskan ialah seperti berikut:
- Kewajipan utama ahli ialah meghormati klien dan meningkatkan kebajikan klien samada ia di batu secara atau di dalam kumpulan.
- Maklumat yang diperoleh daripada hubungan kaunseling mestilah disimpan secara rahsia. Kewajipan ini mestilah kekal bagi menjaga kedudukan kaunselor sebagai seorang profesional.
- Jika seseorang individu mengadakan hubungan rundingan tetapi dengan seseorang kaunselor profesional yang lain,maka kaunselor janganlah memulakan hubungan kaunseling itu tanpa terlebih dahulu menghubungi dan mendapatkan kebenaran daripada ahli profesional itu.
- apabila didapati keadaan klien nampaknya membahayakan diri klien sendiri atau orang lain, ahli seharusnya mengambil tindakan terus atau memberitahu pihak yang berkuasa. Campur tangan yang terus, terutama tanggungjawab yang dianggap untuk klien mestilah dibuat selepas pertimbangan teliti.
- semua catatan bertulis seperti nota-nota mestilah dianggap sebagai maklumat profesional, dan hanya digunakan untuk maklumat kaunseling sahaja dan tidak boleh jadi maklumat awam atau rasmi bagi sesuatu institusi. Bahan-bahan hendak didedahkan mestilah mendapat kebenaran daripada klien yang terlibat.
- Jika kaunselor mendapati tidak dapat memberi bantuan yang profesional kepada klien, maka ahli tersebut mestilah mengelakkan diri supaya tidak terjadi hubungan kaunseling atau menamatkan kaunseling itu.
TANGGUNGJAWAB
PEGAWAI KAUNSELING KEPADA MASYARAKAT
Pegawai
kaunseling juga mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat dari pelbagai aspek.
Antaranya ialah :
- Memahami dan menghormati nilai-nilai sosiobudaya masyarakat dimana sahaja mereka berkhidmat.
- Mematuhi undang-undang negara dalam melaksanakan tugasnya.
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KAUNSELING KEPADA
ORGANISASI DAN MAJIKAN
Kaunselor yang
bertugas di organisasi haruslah bertanggungjawab terhadap organisasi dan
majikannya. Antara kod etika yang perlu dipatuhi adalah :
- Mematuhi sagala perjanjian yang ditandatangani dengan organisasi di mana dia berkhidmat.
- Mematuhi polisi dan prosedur organisasinya, serta berusaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatannya dalam berorganisasi.
- Bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi di mana dia bertugas.
- Tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.
- Bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk diri dan stafnya.
Manakala, dalam
Persatuan Kaunseling Malaysia (REKKAMA), menjelaskan terdapat beberapa bahagian
dalam kaunseling. Antaranya adalah:
1) Bahagian
pertama:Am
Setiap ahli perlu
melibatkan diri dalam perkembangan profesion kaunseling dengan usaha berterusan
begi mempertingkatkan amalan profesion kaunseling dan sebgainya. Selain itu,
setiap ahli perlu bertanggungjawab kepada setiap klien dan institusi deberi
perkhidamatan bagi menetukan tingkah laku profesion ahli adalah tinggi serta
semua ahli mengamalkan tingkah laku yang sesuai denga agama dan adat yang
menjadi asas etika ini sekerinya ada ahli yang boleh menimbulkan keraguan dan
rakan-rakan yang lain boleh mengambil untuk membetulkan keadaan.
2) Perhubungan
kaunseling
Kaunselor perlu
sedar akan keperluan dan hak klien bagi memilih tajuk perbincangan. Tetapi
keadaan-keadaan di mana pemilihan tidak
dapat dibuat, ahli mestilah menolong klien dalam memilih tajuk perbincangan.
Dalam perhubungan kaunseling, kaunselor perlu sedar akan jenis perhubungan yang
dijalan, menghormati klien serta menjauhkan diri daripada terlibat dari
aktiviti-aktiviti yang memenuhi kehendak peribadi kaunselor dengan mengambil
kesempatan ke atas diri klien.
3) Khidmat
persendirian
Ahli hendaklah
menolong memperkembangkan profesional kaunseling dengan menggalakkan wujudkan
perkhidamatan kaunseling dengan sektor awam dan sektor swasta. Dalam khidmat
persendirian, sekiranya ahli mengiklankan perkhidmatanya, ia hendaklah
mengiklankan perkhidmatan itu dengan betul kepada orang ramai dengan memberitahu
bentuk perkhidmatannya, kemahirannya, latihan atau kelulusannya dalam bidang
kaunseling serta teknik-teknik yang akan akan digunakan dalam bentuk yang
profesional.
4) Perundingan
Perundingan
adalah merujuk kepada perhubungan yang sukarela di antara pembantu-pembantu
yang mahir atau profesional dan orang-orang perseorangan, kumpulan atau
pertubuhan sosial yamg memerlukan bantuan. Kaunselor atau perunding akan memberi
perkhidmatan kepada klien dalam menerang menyelesaikan kerja-kerja berkaitan
dengan masalah yang mungkin dihadapi oleh klien.
Maka, individu yang mematuhi
sepenuhnya etika kaunseling merupakan individu yang profesional dan menjaga
etika diri. Oleh itu, jelaslah bahawa etika dalam kaunseling merupakan satu
komponen yang sangat penting bagi melancarkan sesuatu sesi kaunseling. Etika
membolehkan kaunselor membolehkan kaunselor mempunyai panduan jelas dan
memelihara perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dari sudut pengamal,
pelaksanaan dan perkembangannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan