Myspace Contact Tables

Sabtu, 17 November 2012

 ehhh...proses kaunseling pun ada prinsip ea???ummmmm...jom kta bace apa itu prinsip kaunseling......


PRINSIP KAUNSELING
Antara prinsip utama kaunseling adalah seperti berikut:
  1. Manusia mempunyai harga diri
  2. Manusia itu unik
  3. Manusia yang memiliki personaliti yang bersepadu juga memilik personaliti yang sihat.
  4. Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri
  5. Manusia berkembang melalui proses sosialisasi

1. Manusia mempunyai harga diri
Harga diri manusia terletak pada diri dan maruahnya. Setiap manusia mempunyai nilainya tersendiri. Apabila manusia dilanda masalah, aspek diri yang paling ‘menyakitkan’ ialah maruahnya yang ‘hilang’ atau tercemar. Maruah manusia memerlukan pengiktirafan daripada orang-orang penting dalam persekitarannya.

2. Manusia itu unik
Tidak ada manusia yang sama. Setiap manusia perlu membentuk, mengekal dan mempertahankan identiti dirinya asalkan ianya tidak menghalang dirinya dan orang lain daripada berkembang sambil menikmati kebahagiaan hidup. Manusia perlu berasa selesa dan bahagia atas keunikannya. Manusia tidak sepatutnya ‘menggadaikan’ keunikan ini semata-mata untuk menjaga hati dan kecenderungan orang lain, padahal hatinya sendiri meronta-ronta. Manusia yang dapat menilai dirinya dari sebagai unik dan istimewa, akan dapat menilai dan melayan orang lain sebagai unik dan istimewa juga.

3. Manusia yang memiliki personaliti yang sepada juga memiliki personaliti yang sihat
Ia merujuk kepada kesepaduan diantara aspek-aspek diri seperti persepsi, realiti, hasrat, moraliti dan nilai (Shertzer & Stone,1974). Manusia yang sepadu bukan hanya dapat hidup dengan kekuatan tetapi juga dengan kelemahannya. Manusia ini dapat memperakukan kelemahan yang paling dibenci dan kekuatan yang paling disukai. Manusia yang berpesonaliti yang sihat juga berani mengambil risiko sihat dan mengubah, memperbaiki serta mempertingkatkan kualiti dalam dirinya. Pendek kata, personaliti yang sepadu dan sihat merupakan asas kepada keselesaan dan kebahagiaan hidup.

4. Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri
Manusia memliki kecenderungan semulajadi yang menggerakkan perkembangan dan peningkatan diri. Bagi manusia, perkembangan dan peningkatan diri boleh berupaya penyesuaian, sisiolisasi, kesihatan, kebebasan, kesedaran autonomi (capuzzi & Gross,1991). Perjalanan ke arah kesempurnaan kendiri ini memerlukan persekitaran, iklim atau syarat-syarat yang sesuai.

5. Manusia berkembang melalui proses sosiolisasi
Masyarakat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Sebahagian besar masa yang dilalui oleh seseorang manusia dilalui bersama masyarakat. Tanpa bantuan yang berupa bimbingan, teguran dan tunjuk ajar daripada masyarakat, tidak mungkin akan lahir manusia yang kuat dan tahan lasak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan