ehhh...proses kaunseling pun ada prinsip ea???ummmmm...jom kta bace apa itu prinsip kaunseling......
PRINSIP
KAUNSELING
Antara prinsip
utama kaunseling adalah seperti berikut:
Manusia mempunyai harga diri
Manusia itu unik
Manusia yang memiliki personaliti yang bersepadu
juga memilik personaliti yang sihat.
Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri
Manusia berkembang melalui proses sosialisasi
1. Manusia
mempunyai harga diri
Harga diri
manusia terletak pada diri dan maruahnya. Setiap manusia mempunyai nilainya
tersendiri. Apabila manusia dilanda masalah, aspek diri yang paling
‘menyakitkan’ ialah maruahnya yang ‘hilang’ atau tercemar. Maruah manusia
memerlukan pengiktirafan daripada orang-orang penting dalam persekitarannya.
2. Manusia
itu unik
Tidak ada
manusia yang sama. Setiap manusia perlu membentuk, mengekal dan mempertahankan
identiti dirinya asalkan ianya tidak menghalang dirinya dan orang lain daripada
berkembang sambil menikmati kebahagiaan hidup. Manusia perlu berasa selesa dan
bahagia atas keunikannya. Manusia tidak sepatutnya ‘menggadaikan’ keunikan ini
semata-mata untuk menjaga hati dan kecenderungan orang lain, padahal hatinya
sendiri meronta-ronta. Manusia yang dapat menilai dirinya dari sebagai unik dan
istimewa, akan dapat menilai dan melayan orang lain sebagai unik dan istimewa
juga.
3. Manusia
yang memiliki personaliti yang sepada juga memiliki personaliti yang sihat
Ia merujuk
kepada kesepaduan diantara aspek-aspek diri seperti persepsi, realiti, hasrat,
moraliti dan nilai (Shertzer & Stone,1974). Manusia yang sepadu bukan hanya
dapat hidup dengan kekuatan tetapi juga dengan kelemahannya. Manusia ini dapat
memperakukan kelemahan yang paling dibenci dan kekuatan yang paling disukai.
Manusia yang berpesonaliti yang sihat juga berani mengambil risiko sihat dan
mengubah, memperbaiki serta mempertingkatkan kualiti dalam dirinya. Pendek
kata, personaliti yang sepadu dan sihat merupakan asas kepada keselesaan dan
kebahagiaan hidup.
4. Manusia
cenderung ke arah kesempurnaan kendiri
Manusia memliki
kecenderungan semulajadi yang menggerakkan perkembangan dan peningkatan diri.
Bagi manusia, perkembangan dan peningkatan diri boleh berupaya penyesuaian,
sisiolisasi, kesihatan, kebebasan, kesedaran autonomi (capuzzi &
Gross,1991). Perjalanan ke arah kesempurnaan kendiri ini memerlukan persekitaran,
iklim atau syarat-syarat yang sesuai.
5. Manusia
berkembang melalui proses sosiolisasi
Masyarakat
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Sebahagian besar masa
yang dilalui oleh seseorang manusia dilalui bersama masyarakat. Tanpa bantuan
yang berupa bimbingan, teguran dan tunjuk ajar daripada masyarakat, tidak
mungkin akan lahir manusia yang kuat dan tahan lasak.
Ahad, 11 November 2012
sape smua ni n kat mane ni?
hehe..klau nk tahu,masa ni kami m'jadi fisilitator utk PRS. Timba pengalaman,bile lagi kan nk timba pengalaman. Sangat seronok, walaupun letih. Tapi batch 'REALITY' ni, walaupun letih, pantang b'gmbar..tgk je camera, trus posing...hehe.. itu la kami. jiwa2 kaunselor t'serlah tp kdg2 mcm bdk2..apa2 pun, kami lah bakal kaunselor,kami lah yg akan ubah generasi selepas kami..insyAllah.....
sorang lelaki n 2 orang prempuan..haa..masa ni kami sebagai instruktor PRS degree..nk kongsi cerita n pengalaman kat sahabat2 sya yg follow blog ni..first kami masuk kelas ni, kami tgk semua sem 5 dan 3 orang sem 8.. dalam fikiran kami, macam mane la kami nak uruskan pelajar yang sebaya dan lebih tua drp kami..apa yg kami mmpu buat, kami tingkatkan keyakinan dalam kami dan niat saya pada masa tu 'kalau aku x kongsi ilmu yg ada dlm diri aku, sape lagi yang sudi kongsi dengan mereka semua ni'. yelah..sape yg x gugup bile b'hadapan dgn plajar2 yg sbaya ni, dah la km ni kecik2 dri mreka tau..hahaha..tp, kami cabar diri kami, bahawa masa nilah kami perlu timba byk pengalaman sbg bekal utk kami dan apa yg kami dapat, kami kongsikan dengan kwn2 skelas kami..
ni la serikandi walid n ummi sy..sy paling kecik..hehe..rndu dgn akak2..rndu dgn telatah nakal mreka. apa2 shja kami akn kongsi.. b'syukur sgt d kurniakan akak2 yg hebat2 macam ni.. apa yg sya doakan smga kami saling mrindui walaupun jauh di mata, dekat d hati sebab nikmat rindu utk adik bradik sgt best tau.. n smga kami mmpu memberi hadiah anak2 solehah utk walid n ummi n mmpu m'hadiahkan emas, intan, berlian utk ummi n walid d akhirat kelak..doakn kami......luv u my sis....
Ahad, 23 September 2012
APA ITU KAUNSELING
-->
Menurut Maclean,
dalam Sherzer & Stone pada tahun 1974, kaunseling adalah proses yang
berlaku dalam hubungan yang berhadapan antara individu yang terganggu atau
mempunyai masalah-masalah yang tidak dapat di atasi sendiri dengan seorang pekerja yang profesional iaitu
kaunselor yang terlatih dan berpengalaman dalam membantu orang lain menyelesaikan
masalah tehadap berbagai kesulitan peribadi.
ehhh..proses kaunseling pn ada kod etika ea???biar betul ni..apa ye kod etika dalam proses kaunseling..ok..kalau nk tahu, jom kita bace apa yg kaunselor Adawias sediakan utk shabat2nya yg follow blog ni... aik??? mane ni??? hahaha... tuuuu.. bace kat bawah ni.... jommm...
KOD ETIKA
KAUNSELOR
PERKAMA atau Persatuan
Kaunseling Malaysia menggariskan standard atau kod etika perlakuan kaunselor
dalam lima aspek berikut:
1.Hubungan profesional dengan klien, rakan-rakan
kaunselor, majikan, individu, dan profesion lain serta masyarakat
keseluruhannya.
2.Penyediaan perkhidmatan persendirian yang merangkumi
aspek pengiklanan, pengurusan dan pembiayaan.
3.Penyelidikan dan Penerbitan merangkumi etika,
persetujuan subjek, penerbitan hasil.
4.Program latihan.
5.penggunaan instrumen pengukuran dan penilaian melalui
kaedah mengendalikan instrumen dan mentafsir keputusan ujian.
tuuuu..ade lagi tu...hehehe
TATALAKU ATAU
PERHUBUNGAN PEGAWAI KAUNSELING
Setiap pegawai
dalam bidang kaunseling perlu mengetahui dan memahami etika yang dikenakan ke
atas diri mereka yang sebagai individu yang profesional. antara tatalaku yang
ditetapkan sebagai seorang pegawai ialah:
Menjaga dan mengekalkan tatalaku yang cemerlang
demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan
intergiti profesion kaunseling.
Sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan
pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
Menjalankan tugasnya dengan cekap,
bertanggungjawab, objektif, jujur, ikhlas, dan dedikasi selaras dengan
tahap profesionalisme yang tinggi.
macam mane plak dgn hubungan antara kaunselor dgn klien, masyarakat, organisasi dan majikan, kaunselor Adawias???hehe...
PERHUBUNGAN
ANTARA KAUNSELOR DENGAN KLIEN
Klien mestilah diberi hak kebebasan
bagi memilih sendiri. Antara perhubungan antara kaunselor dan klien yang boleh
dijelaskan ialah seperti berikut:
Kewajipan utama ahli ialah meghormati klien dan
meningkatkan kebajikan klien samada ia di batu secara atau di dalam
kumpulan.
Maklumat yang diperoleh daripada hubungan kaunseling
mestilah disimpan secara rahsia. Kewajipan ini mestilah kekal bagi menjaga
kedudukan kaunselor sebagai seorang profesional.
Jika seseorang individu mengadakan hubungan
rundingan tetapi dengan seseorang kaunselor profesional yang lain,maka
kaunselor janganlah memulakan hubungan kaunseling itu tanpa terlebih
dahulu menghubungi dan mendapatkan kebenaran daripada ahli profesional
itu.
apabila didapati keadaan klien nampaknya
membahayakan diri klien sendiri atau orang lain, ahli seharusnya mengambil
tindakan terus atau memberitahu pihak yang berkuasa. Campur tangan yang
terus, terutama tanggungjawab yang dianggap untuk klien mestilah dibuat
selepas pertimbangan teliti.
semua catatan bertulis seperti nota-nota mestilah
dianggap sebagai maklumat profesional, dan hanya digunakan untuk maklumat
kaunseling sahaja dan tidak boleh jadi maklumat awam atau rasmi bagi
sesuatu institusi. Bahan-bahan hendak didedahkan mestilah mendapat
kebenaran daripada klien yang terlibat.
Jika kaunselor mendapati tidak dapat memberi bantuan
yang profesional kepada klien, maka ahli tersebut mestilah mengelakkan
diri supaya tidak terjadi hubungan kaunseling atau menamatkan kaunseling
itu.
TANGGUNGJAWAB
PEGAWAI KAUNSELING KEPADA MASYARAKAT
Pegawai
kaunseling juga mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat dari pelbagai aspek.
Antaranya ialah :
Memahami dan menghormati nilai-nilai sosiobudaya
masyarakat dimana sahaja mereka berkhidmat.
Mematuhi undang-undang negara dalam melaksanakan
tugasnya.
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KAUNSELING KEPADA
ORGANISASI DAN MAJIKAN
Kaunselor yang
bertugas di organisasi haruslah bertanggungjawab terhadap organisasi dan
majikannya. Antara kod etika yang perlu dipatuhi adalah :
Mematuhi sagala perjanjian yang ditandatangani
dengan organisasi di mana dia berkhidmat.
Mematuhi polisi dan prosedur organisasinya, serta
berusaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatannya dalam
berorganisasi.
Bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi
dalam organisasi di mana dia bertugas.
Tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber
organisasinya.
Bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan
kerjaya untuk diri dan stafnya.
Manakala, dalam
Persatuan Kaunseling Malaysia (REKKAMA), menjelaskan terdapat beberapa bahagian
dalam kaunseling. Antaranya adalah:
1) Bahagian
pertama:Am
Setiap ahli perlu
melibatkan diri dalam perkembangan profesion kaunseling dengan usaha berterusan
begi mempertingkatkan amalan profesion kaunseling dan sebgainya. Selain itu,
setiap ahli perlu bertanggungjawab kepada setiap klien dan institusi deberi
perkhidamatan bagi menetukan tingkah laku profesion ahli adalah tinggi serta
semua ahli mengamalkan tingkah laku yang sesuai denga agama dan adat yang
menjadi asas etika ini sekerinya ada ahli yang boleh menimbulkan keraguan dan
rakan-rakan yang lain boleh mengambil untuk membetulkan keadaan.
2) Perhubungan
kaunseling
Kaunselor perlu
sedar akan keperluan dan hak klien bagi memilih tajuk perbincangan. Tetapi
keadaan-keadaan di mana pemilihan tidak
dapat dibuat, ahli mestilah menolong klien dalam memilih tajuk perbincangan.
Dalam perhubungan kaunseling, kaunselor perlu sedar akan jenis perhubungan yang
dijalan, menghormati klien serta menjauhkan diri daripada terlibat dari
aktiviti-aktiviti yang memenuhi kehendak peribadi kaunselor dengan mengambil
kesempatan ke atas diri klien.
3) Khidmat
persendirian
Ahli hendaklah
menolong memperkembangkan profesional kaunseling dengan menggalakkan wujudkan
perkhidamatan kaunseling dengan sektor awam dan sektor swasta. Dalam khidmat
persendirian, sekiranya ahli mengiklankan perkhidmatanya, ia hendaklah
mengiklankan perkhidmatan itu dengan betul kepada orang ramai dengan memberitahu
bentuk perkhidmatannya, kemahirannya, latihan atau kelulusannya dalam bidang
kaunseling serta teknik-teknik yang akan akan digunakan dalam bentuk yang
profesional.
4) Perundingan
Perundingan
adalah merujuk kepada perhubungan yang sukarela di antara pembantu-pembantu
yang mahir atau profesional dan orang-orang perseorangan, kumpulan atau
pertubuhan sosial yamg memerlukan bantuan. Kaunselor atau perunding akan memberi
perkhidmatan kepada klien dalam menerang menyelesaikan kerja-kerja berkaitan
dengan masalah yang mungkin dihadapi oleh klien.
Maka, individu yang mematuhi
sepenuhnya etika kaunseling merupakan individu yang profesional dan menjaga
etika diri. Oleh itu, jelaslah bahawa etika dalam kaunseling merupakan satu
komponen yang sangat penting bagi melancarkan sesuatu sesi kaunseling. Etika
membolehkan kaunselor membolehkan kaunselor mempunyai panduan jelas dan
memelihara perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dari sudut pengamal,
pelaksanaan dan perkembangannya.